Alahamdulillah....hari ni masih lg dapat masukkan entri baru dalam blog ni, sementara nk tunggu azan zohor....baca la dulu buku ape yg patut....waktu ni, saya berada di PTSL UKM untuk menyiapkan asgment yg lecterur tugaskan.....sambil-sambil duk buat asgment, tetiba terbaca satu artikel ni...rasa-rasanya menarik dan juga boleh membuka minda kita semua...artikel ni macam teka-teki untuk kanak-kanak ja...tapi bila saya baca...oowwhh.....semua golongan pun perlu tahu....emmm...apa dia?.....jom baca ilmu apa yang saya dapat hari ni....mudah-mudahan boleh la jadi panduan untuk mendidik diri, adik-adik, anak-anak dan sesiapa saja......
Pada suatu hari, Imam al-Ghazali berkumpul bersama anak-anak muridnya [mungkin dalam keadaan berehat, bersantai tapi sambil berdiskusi ilmiah dengan anak muridnya].....lalu Imam al-Ghazali bertanya soalan teka-teki kepada anak muridnya....
Imam al-Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: "Orang tua"
Murid 2: "Guru"
Murid 3: "Teman"
Murid 4: "Kaum kerabat"
Kemudian, Imam al-Ghazali berkata: Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI....sebab tu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (surah Ali-Imran: 185).
Soalan yang kedua,
Imam al-Gahzali: Apa yang pailng jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1: "Negeri Cina"
Murid 2: "Bulan"
Murid 3: "Matahari"
Murid 4: "Bintang-bintang"
Imam al-Ghazali masih menyatakan yang jawapan mereka itu semuanya benar, tetapi yang paling benar katanya ialah MASA LALU.....kenapa?...sebab, bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembalikan masa yang telah berlalu...Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama Islam.
Seterusnya,
Imam al-Ghazali bertanya lagi kepada anak muridnya: "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
anak-anak muridnya memberi pelbagai jawapan ada yang menjawab Kapas, ada yang jawab Angin, ada yang jawab Debu dan ada juga yang jawab Daun-daun....apakah benar jawapan mereka itu?
Imam al-Ghazali berkata: "Semua jawapan kamu itu benar wahai anak-anakku....tapi ingat, yang paling di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT kerana gara-gara sibuk dengan urusan dunia seperti pekerjaan, harta-benda, anak-isteri dan lain-lain, kita tinggal solat dengan mudahnya...Na'uzubillahi min zalik.
Soalan yang terakhir ditanya oleh beliau ialah.....
Apakah yang paling besar di dunia ini?
Murid-muridnya menjawab....
Gunung, Matahari, Bumi...
Namun, Imam al-Ghazali tetap mengatakan semua jawapan itu benar, tapi yang paling besar di dunia ini adalah HAWA NAFSU (surah al-A'raf: 179). Maka kita perlu berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
Oleh itu, sempena 14 Februari yang dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih yang cetek ilmu, cetek kefahaman agama...sedarlah dan bukalah minda.....dapatkan artikel yang menarik tentang Sambutan Hari VALENTINE.....apa kata mereka....
Saturday, February 13, 2010
bEreHAt...berSanTai dan....bErdiskUsi..
Posted by solehah@zahirah at 13:49 0 comments
Tuesday, February 9, 2010
Dialah suAmi, dialah iSteri
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.
Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.
Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.
Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.
Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini. Aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal. Aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."
Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang. Aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.
Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.
Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini. Aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."
Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa Putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu. Aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."
*dipetik dr: fc Syed R.
Posted by solehah@zahirah at 11:20 0 comments