BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 5, 2010

MARAH itu PARAH.....<<<<<





Sifat marah datangnya dari hati yang mati...bagaimana untuk mengawal kemarahan?. Menurut Imam al-Ghazali ada mengatakan di dalam ensiklopedia kerohaniannya, Ihya' Ulum al-din, perasaan marah laksana ubat yang berguna tetapi haruslah digunakan secara berhemah agar berperanan mengubati penyakit yang dideritai.

Hodohnya Fizikal orang yang marah.


      Menurut Imam al-Ghazali, orang yang sedang marah ini mengalami perubahan fizikal yang dapat dilihat secara lahiriah. Antaranya ialah:
  • warna kulitnya berubah
  • kaki dan tangannya menggeletar
  • perilaku lain daripada kebiasaan
  • gerak-geri tidak tentu arah
  • muka merah padam
Sekiranya si pemarah dapat melihat bagaimana buruknya perubahan rupa bentuk fizikalnya ketika itu, sudah tentu berhentilah ia dari memarahi orang lain....HODOHNYA....


Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa ada seorang lelaki berjumpa Nabi s.a.w dan berkata: "Berilah wasiat kepadaku." Sahut Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Janganlah engkau marah." Kemudian dia mengulangi soalan itu beberapa kali, tetapi Baginda tetap menjawab "Janganlah engkau marah."  (Riwayat al-Bukhari)


Lihat pula kepada cara Umar Abdul Aziz menahan marah....bagaimana?


    Umar Abdul Aziz merupakan cucu kepada Saiyidina Umar al-Kahttab. Suatu ketika Baginda mengirim surat kepada gabenornya yang mana isi kandungan surat tersebut menyatakan:


"Janganlah kita menghukum  orang sewaktu marah sebaliknya tahanlah dia terlebih dahulu. Kalau marah kita sudah reda, maka keluarkanlah dan hukum dia dengan sesuai berdasarkan dosanya dan janganlah melebihi 15 sebatan".


   Oleh yang demikian, marilah sama-sama membentuk diri supaya menjadi seorang yang pemaaf terhadap orang lain. Maka renung-renungkanlah kata-kata ini:


"Marah dalam diri umpama senjata di tangan, boleh memberi kebaikan dan boleh juga membinasakan."





Tuesday, November 10, 2009

DOA...pohonlah kepada yang MAHA ESA <<<<<< 


Ya ALLAH, aku berlindung kepada mu daripada kufur dan kekafiran.
Ya ALLAH, aku berlindung kepada mu daripada seksaan kubur.
Tiada tuhan kecuali Engkau..





.ameen.


Renungan Bersama <<<<<




 "Banyakkanlah oleh mu meyebut ALLAH di segenap keadaan kerana tidak ada sesuatu amal yang lebih disukai ALLAH dan tidak ada yang banyak melepaskan hamba daripada bencana di duniaakhirat daripada menyebut ALLAH (berzikir)"

~~~riwayat al-Tirmizi~~

Wednesday, March 11, 2009

Keutamaan Menghafal al-Quran <<<<<< 

 


Dari 'Aisyah r.a katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw pernah mendengar seorang lelaki membaca al-quran malam hari, lalu baginda bersabda: "Semoga Allah memberinya rahmat. Dia telah mengingatkanku ayat-ayat yang aku tinggalkan dari surah ini dan surah itu."


Dari Abdullah bin Umar r.a katanya Rasulullah saw bersabda: "Perumpamaan orang yang hafal al-quran ialah seperti unta yang ditambatkan. Jika ia tetap diawasi, ia akan tetap tertambat tetapi jika dibiarkan ia akan hilang".


Dari 'Aisyah r.a katanya Rasulullah saw bersabda: "Orang yang membaca al-quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-quran, padahal dia gagap sehingga sulit baginya untuk membaca, maka dia mendapat pahala yang berganda".
(Riwayat Muslim)