BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 30, 2010

ohhh....aKu terPesOna dENGAnmU !!!!!!

Ahlan bikum ya akhowat....
ASSALAMUALAIKUM..

Subhanallah.....cantiknya...emmm, apa yang cantik tu?...sahabat2 nak tau ka?

Bagi setiap orang yang mempercayai dan beriman dengan al-Quran pasti akan dapat merasai kecantikan dan keindahan al-Quran itu, tapi mcamana?....aaaa....nak tau kene la baca al-Quran selalu dan jgn lupa baca maksudnye serta hayati kandungan tersebut...

Di sini saya nk cerita ataupun buat ulasan tentang sebuah buku yang pernah saya baca...tajuknya PASAK, oleh Dr.Arip.

Kenapa al-Quran itu indah, cantik dan sebagainya sehingga dapat menarik perhatian sesiapa yang membacanya?...Buktinya, silalah terus membaca artikel di bawah ini:

AL-QURAN mempersonakan ramai cendekiawan.

Menurut hadis Rasulullah s.a.w bahawa al-Quran itu mukjizat yang akan dipelihara oleh Allah sehingga hari kiamat dan apabila ada orang musyrik yang membacanya, mereka akan berkata bahawa al-Quran bukan daripada manusia atau makhluk2 lain. Ingin tahu sejauh mana kebenarannya...di sini ada buktinya.

Anda kenal siapa dia?
Saya beranggapan bahawa pasti ramai yang mengenalinya. Nama beliau sebelum menganuti agama Islam ialah Cat Steven dan merupakan seorang penyanyi Inggeris yang sangat terkenal pada tahun 1970-an. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga Kristian Katholik yang kaya raya kerana memiliki perniagaan dalam bidang muzik. Sejak kecil beliau diajar tentang tuhan berdasarkan kepercayaan agamanya. Namun, pada suatu ketika beliau terasa hairan apabila penganut agamanya mengatakan bahawa tuhan itu tiga. Bagaimana cara beliau mencari jawapan terhadap persoalan yang membelenggu fikirannya itu?

Yusuf Islam, itulah nama yang diberikan setelah menganut agama yang diredhai Allah (ISLAM)...Yusuf Islam menceritakan bagaimana beliau berusaha untuk mencari jawpan tersebut.

Ikuti kisah selanjutnya......

AKU MENCARI KEBENARAN....

Menurut Yusuf Islam, setelah sekian lama beliau mengabaikan agama Kristian dan beliau mula menyanyi dan bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi yang terkenal. Namun setahun selepas kejayaannya dalam mencipta nama di bidang muzik, beliau sakit tenat dan dijangkiti penyakit TB (batuk kering) dan telah dimasukkan ke sebuah hospital. Pada ketika itulah Yusuf mula berfikir apa yang akan terjadi kepadanya. Apakah dirinya hanyalah jasmani semata-mata dan matlamat hidupnya hanyalah untuk memuaskan jasmaninya?...emmmmmm...[aku buntu].."aku sedar bahawa bala ini merupakan satu rahmat kepadaku daripada Tuhan, iaitu peluang untukku membuka mata. Mengapakah aku di sini?. Mengapakah aku berada di katil ini?....soalan demi soalan bermain di minda...

Akhirnya Ku Temui SINAR RABBANI....

Allah Maha Kuasa....pada suatu hari, abangnya telah menziarahi sebuah masjid di Jerusalem yang mana di masjid itu dipenuhi dengan manusia dan kehidupan sedangkan gereja-gereja dan synagogue (rumah ibadat Yahudi) kosong.

 Apabila abangnya datang ke London, beliau telah membawakan senaskhah al-Quran terjemahan buat Yusuf. Abangnya tidak menganut agama Islam tetapi merasai bahawa terdapat sesuatu yang bernilai dan bermakna dalam agama Islam dan beliau berpendapat bahawa Yusuf juga akan menemuinya di dalam agama tersebut.

Lantaran itu, Yususf telah membaca kitab tersebut dan barulah beliau ketahui bahawa semua nabi diutuskan oleh Allah dengan membawa ajaran yang sama. Beliau juga yakin bahawa dengan al-quran juga beliau akan temui segala jawapan terhadap persoalan-persoalan tersebut.

Setelah sekian lama Yusuf Islam berjinak-jinak dengan Islam akhirnya beliau mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH di hadapan imam besar Masjid Regent Park di London pada tahun 1977 iaitu setahun setengah selepas beliau menerima al-Quran daripada abangnya. Kini Yususf Islam menjadi seorang pendakwah Islam yang gigih dan telah menubuhkan Sekolah Islam di London serta aktif dalam kegiatan kebajikan.



Demikianlah kisah benar yang membuktikan bahawa AL-QURAN itu mempersonakan hati sesiapa sahaja yang membacanya dan menghayatinya.



 



0 comments: