BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 5, 2010

<<< Marah itu parah >>>




Sifat marah datangnya dari hati yang mati...bagaimana untuk mengawal kemarahan?. Menurut Imam al-Ghazali ada mengatakan di dalam ensiklopedia kerohaniannya, Ihya' Ulum al-din, perasaan marah laksana ubat yang berguna tetapi haruslah digunakan secara berhemah agar berperanan mengubati penyakit yang dideritai.

Hodohnya Fizikal orang yang marah.


      Menurut Imam al-Ghazali, orang yang sedang marah ini mengalami perubahan fizikal yang dapat dilihat secara lahiriah. Antaranya ialah:
  • warna kulitnya berubah
  • kaki dan tangannya menggeletar
  • perilaku lain daripada kebiasaan
  • gerak-geri tidak tentu arah
  • muka merah padam
Sekiranya si pemarah dapat melihat bagaimana buruknya perubahan rupa bentuk fizikalnya ketika itu, sudah tentu berhentilah ia dari memarahi orang lain....HODOHNYA....


Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa ada seorang lelaki berjumpa Nabi s.a.w dan berkata: "Berilah wasiat kepadaku." Sahut Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Janganlah engkau marah." Kemudian dia mengulangi soalan itu beberapa kali, tetapi Baginda tetap menjawab "Janganlah engkau marah."  (Riwayat al-Bukhari)


Lihat pula kepada cara Umar Abdul Aziz menahan marah....bagaimana?


    Umar Abdul Aziz merupakan cucu kepada Saiyidina Umar al-Kahttab. Suatu ketika Baginda mengirim surat kepada gabenornya yang mana isi kandungan surat tersebut menyatakan:


"Janganlah kita menghukum  orang sewaktu marah sebaliknya tahanlah dia terlebih dahulu. Kalau marah kita sudah reda, maka keluarkanlah dan hukum dia dengan sesuai berdasarkan dosanya dan janganlah melebihi 15 sebatan".


   Oleh yang demikian, marilah sama-sama membentuk diri supaya menjadi seorang yang pemaaf terhadap orang lain. Maka renung-renungkanlah kata-kata ini:


"Marah dalam diri umpama senjata di tangan, boleh memberi kebaikan dan boleh juga membinasakan."





0 comments: