BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 13, 2010

<<< Solat itu.... SAH @ BATAL >>>


Kisah ini berlaku semasa saya sedang menjalani latihan praktikel, tiba-tiba ada seorang sahabat yang menjalani latihan yang sama telah bertanya mengenai hukum SAH atau TIDAK SAH solat.

Dialognya macam ni:


mona: Izza, bleh saya tau apa hukumnya solat dengan memakai telekung yang nipis sehingga menampakkan warna kulit?


Izza: oww...saya tak pasti untuk memberi hukum tanpa ada rujukan, nnt awak tidak yakin dan saya jugak bimbang kalo-kalo tersalah fakta. Macam ni la, bila saya ada jwpnnya nnt sy akan bgtau kat awak...ok.


begitu la situasinya......


Tak lama lepas habis praktikel, saya mencari jawapan kepada persoalan tersebut. Akhirnya, persoalan itu kini menemui jawapannya di dalam sebuah bahan bacaan.



:::::Jawapan::::: 



Bagi setiap muslim, menutup aurat itu adalah wajib lebih-lebih lagi dalam mendirikan solat. Menutup aurat itu wajib berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina A'isyah r.ha., katanya: "Allah tidak menerima solat seseorang yang telah haid (baligh) melainkan dengan khimar (tudung)." ~~Riwayat Abu Daud no.641 dan Tirmizi no.377~~


Antara syarat menutup aurat ialah pakaian itu dapat menghalang daripada kelihatan warna kulit, tidak memadai dengan pakaian yang sangat jarang atau sangat nipis sehingga kelihatan warna kulit. (al-Majmuk: 3 / 170).


Lazimnya di negara kita, telekung di pakai di atas pakaian sama ada baju kurung atau baju biasa. Dalam keadaan itu, sudah tentu warna pakaian dapat dilihat dengan jelas, namun warna kulit tidak kelihatan. Akan tetapi, jika warna kulit (tangan) dapat dilihat dengan jelas, solat itu boleh BATAL. Hal ini mungkin berlaku jika seseorang itu hanya memakai baju-T lengan pendek sewaktu solat.


*sumber: Ustaz Fadzli al-Yamani



0 comments: