BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 12, 2010

<<< sedekahla...berbalOi-balOi..>>>

emmmm...nak dengar satu kisah tak? macam ni, minggu lepas saya bawak seorang kawan saya ke pusat kesihatan kampus untuk mendapatkan rawatan...dia kena demam campak...dapat cuti 10 hari tau....balik kampung la dia...

Balik dari PK, kami berdua terus ke cafe kolej Anie.......kesian dia belum makan pun lagi....sementara tunggu dia beli makanan, saya ternampak satu booth jualan buku dan pakaian...woOwww...macam menarik je buku-buku kat situ...saya pun pergi la ke booth jualan tu....tiba-tiba, mata saya tertarik ke arah sebuah buku yang bertajuk "Ajaibnya sedekah."...dalam hati saya tertanya-tanya "apakah yang menarik dalam buku ni...nak beli la, boleh baca untuk tambah ilmu. Harga pun boleh tahan..."


        Setelah sampai ke bilik hostel, saya terus buka dan baca buku tersebut....Ohhh tuhan, sungguh agung ciptaanmu....Engkau menjadikan hambamu ini seorang yang pintar untuk mengkaji ilmu mu...Alhamdulillah...


Jadi, di sini saya hendak berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian mengenai ajaibnya sedekah itu....


Nabi Muhammad s.a.w pernah berkata, ada 7 orang yang mendpat naungan Allah pada hari kiamat iaitu:
  1. Raja yang adil
  2. Pemuda yang rajin beribadah pada Allah
  3. Orang yang htinya selalu berpaut pada masjid (beribadah di masjid)
  4. Dua orang yang saling menyanyangi semata-mata kerana Allah, bukan kerana dunia. Mereka bersama dan berpisah kerana Allah.
  5. Orang yang digoda oleh wanita cantik dan berkata, "Aku takut pada Allah"
  6. Orang yang bersedekah dengan bersembunyi hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya.
  7. Orang yang mengingati Allah dalam kesunyian hingga menitiskan air mata.
Allah pula berfirman:


      "Bersegeralah kamu memohon keampunan daripada tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan unutuk orang-orang yang bertaqwa iaitu orang yang menafkahkan hartanya baik pada waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan marahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat kebajikan." 
(surah Ali Imran: 133-134).

Allah menyediakan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi untuk orang-orang yang bertaqwa itu?

JAWAPANNYA.....ya, telah terkandung di dalam ayat tersebut............

Siapakah mereka yang dikatakan bertaqwa itu?....
Mereka ialah orang yang>>>>>
  • BERSEDEKAH
  • MENAHAN MARAH
  • MEMAAFKAN KESALAHAN ORANG LAIN


Oh TUHAN....betapa kerdilnya diriku dihadapanmu.......Engkaulah yang MAHA PEMURAH.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai dengan hartamu dan anak-anakmu hingga kamu tidak mengingat Allah. Barang siapa yang berbuat demikian, mereka itulah orang-orang yang rugi. Belanjakanlah sebahagian daripada apa yang berikan kepadamu sebelum datangnya kematian kepada salah seorang antara kamu. Pada waktu itu, manusia bertanya kepada Tuhannya, 'Ya Allah, mengapa engkau tidak menangguhkan kematianku supaya aku dapat bersedekah dan menjadi orang yang soleh?'  Allah sesekali tidak menangguhkan kematian seseorang apabila datang waktu kematiannya. Allah MAHA MENGATAHUI apa yang kamu kerjakan."
(al-Munafiqun: 9-11)
 
Oleh itu, marilah sama-sama menjadikan sedekah itu aktiviti harian di dalam kamus hidup supaya, matinya kita dalam beramal kepada Allah.

Bagi kawan-kawan yang ingin mendapatkan kupasan lanjut berkaitan sedekah ini bolehla membaca majalah solusi isu 14.....sangat menarik...


wallahu a'lam....


*sumber dari Ajaibnya Sedekah : Muhammad Muhyidin



0 comments: